Sejarah Salindah_
Allahyarham Prof Dr Azizan Hj Ismail (Al-Fatihah) adalah individu yang bertanggungjawab menghasilkan produk Salindah. Beliau merupakan seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia.
Kajian Oleh Allahyarham Prof. Dr Azizan: Pengasas Salindah
Setelah menyedari masalah yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung itu, maka Prof. Dr. Azizan Bin Hj Ismail telah menjalankan kajian secara mendalam mengenai kehamilan dalam pelbagai aspek. Hasil daripada kajian begitu lama yang telah dijalankan maka beliau telah berjaya menghasilkan satu formula Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap, dikenali dengan nama Salindah . Salindah mula diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1981.
Dengan adanya Salindah ini, maka wanita akan dapat menikmati zaman hamil dan melahirkan anak merupakan zaman yang mengindahkan. InsyaAllah, Salindah dapat membantu menghindarkan daripada rasa takut , cemas dan bimbang , terhindar daripada aneka rupa masalah ketika mengandung, semasa bersalin dan juga selepas bersalin. Salindah Set lengkap ini boleh diambil mulai daripada tiga bulan mengandung sehinggalah masa berpantang (40 hari). Salindah telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor dari Malaysia dan dari luar negara juga._
Foto 1:
Pek Set Lengkap Salindah pada awal kemunculannya.
Foto 2:
Pek Set Lengkap Salindah dengan teks tulisan Cina untuk menarik pengguna bukan Melayu
Foto 3:
Pek Set Lengkap Salindah edisi terhad
Foto 4:
Pek Set Lengkap Salindah sekarang
_